facebook like&send

Sunday, April 28, 2013

Al-ikhsan: Empayar Jutawan Melayu.

Kosmo! Online - Rencana Utama

Friday, March 1, 2013

Kuala Perlis Yang Indah Dan Yang ....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Lama plak tak update post baru beberapa hari ni...hmmm di kesempatan kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hobi saya yang suka bawa famili jejalan makan angin petang² round negeri Perlis aka negeri terkecil kat Malaysia ni...Selalu jejalan kat Kuala Perlis.

Antara tempat yang menarik nak duduk² menikmati senja ialah Masjid Terapung Al-Hussain. Masjid ni baru je buat. Cantik...cuma... pada pendapat saya, lokasi masjid ni macam tak berapa nak kena. Kedudukannya yang terletak terlalu dekat dengan Jeti Kuala Perlis yang sesak dan tempat meletak kereta yang terhad. Pic di bawah ni... adalah antara pic yang sempat saya kongsikan bersama... ni pon pakai camera henpon saje. Rasa terpegun dengan kecantikan masjid ini. Belum lagi keindahan senibina dalamannya lagi... 


Paling syahdu apabila azan maghrib berkumandang dengan permandangan ketika matahari mulai terbenam di ufuk barat. Semasa solat maghrib di sini buat kali pertama telah memberi pengaman yang menarik bagi saya dan keluarga. Cumanya, bagi orang luar yang bermusafir dan solat jemaah di sini, jangan pula terkejut. Kat Perlis ni baca wirid n baca doa sendiri² lepas solat jemaah. Rasanya kat Perlis ni, Masjid Kampung Guar Syed Alwi saje yang sama macam masjid² di tempat negeri² lain. Ok.. Saya tutup bab tu... di kesempatan lain saya akan update post ni dengan cerita pasal makan² angin kami di Kuala Perlis.  Saje je buat satu post, Nak guna tajuk yang sama... nak tunggu apa maksud "yang" seterusnya pada tajuk post tu... tunggu laa ye...

Tuesday, February 26, 2013

Pengumuman Page Alpha Lipid

Di sini saya ingin mengumumkan bahawa, page untuk Alpha Lipid telah di link kan ke blog Alpha Lipid Perlis Awanibeauty. Diharap, ia mudah untuk mana² pihak untuk membuat rujukan, pertanyaan dan pesanan. Sekian, harap maklum.

Saturday, February 23, 2013

Aura Maya BB Cream


Assalamua'laikum dan salam 1 Malaysia.

Baru² ini pihak Zamaya Network telah mengeluarkan Aura Maya BB Krim. Kepada yang ingin mencubanya, dapatkan dari Cik Puan Anis kite ni ye.... 0194245271. Harga yang ditawarkan ialah RM39 untuk 10ml. Set ini dijual berasingan dari set AM biasa. InsyaAllah ia akan menjadi produk yang terhangat dipasaran.

BB Cream yang bermaksud Blemish Balm, Blemish Base, Bueaty Balm atau Beblesh Balm {“blemish” kebetulan adalah satu jenama di Korea}, dan dipasaran barat dikenalai sebagai “Beauty Balm” Ia adalah barangan kosmetik yang terjual dinegara-negara timor dan Asia Tenggara, walaubagimana pun jenama-jenama terkemuka dunia kini giat memperkenalkan BB Cream kepasaran Barat.

BB Cream dipromosikan sebagai produk kosmetik semua dalam satu. Ia bertindak sebagai serum, moisturizer, primer, foundation dan sunblock. Ia boleh digunapakai bersendirian sebagai moisturizer, diguna selepas mengunakan serum, sebagai moisturizer biasa, pengalas bedak, mengikut keperluan.

Terima kasih kepada pengguna setia Aura Maya Cik Puan Anis



Untuk membuat tempahan... Anis 0194245271 (call/sms/whatsapp) atau order secara online di SINI!!!

Cara buat simkad jadi FREE topup



Dalam post saya kali ini, saya nak kongsi dengan pembaca satu peluang yang banyak orang masih tak tahu. Ni salah satu cara saya nak berkongsi sesuatu yang saya fikirkan bermanfaat untuk semua. Untuk pengetahuan, saya pon dah join sebab saya fikirkan ia juga bagus dikongsi dengan orang lain. Dalam hal ini, apa yang saya nampak, secara halusnya, TUNETALK sebenarnya berusaha untuk memperbanyakkan pengguna TUNETALK di Malaysia. Dalam situasi ini, saya berpendapat kita harus merebut peluang dengan wujudnya usahasama antara TUNETALK dan TONE EXCEL.

 
Mungkin bunyi nya pelik bila saya katakan, membuatkan simkad jadi FREE topup. Dalam jangka masa panjang, saya dapat lihat produk ini memberi pendapatan bulanan yang membantu kita dalam perbelanjaan harian termasuk topup kredit telefon. 

Meh saya cerita pengalaman saya masa mula² join. Masa tu dengan orang rujukan baru seorang pon saya dah dapat RM1.80. Tambahan pula, sekali kita dapat orang rujukan dapat pulak RM20. Boleh laa cover sikit topup saya RM30 sebulan. Disebabkan ini juga, banyak menarik minat pengguna TONE EXCEL mencari orang rujukan baru setiap bulan. Ce korang search dalam google. Mesti berjela² list down orang yang mencari orang rujukan. Termasukla saya...(pengakuan ikhlas ni. huhu). Jangan risau, anda mungkin orang pertama dalam komuniti adek beradik, saudara mara, rakan² sepejabat atau rakan² sepengajian yang mula memperkenalkan TONE EXCEL. Jika bukan anda orang pertama, pernahkah anda terfikir di kedai² mamak tempat anda melepak dengan kawan², kedai² topup tempat yang pernah anda topup tu semuanya pernah dengar pasal TONE EXCEL ni? Mungkin lepas ni turn anda pula demam tone excel.

Kalau masih tak faham tak ape... boleh tengok klip video kat bawah ni. Cuma ini klip lama. ade perubahan sikit. Macam sekarang ni starter pack dia RM90 sekali dengan pos. Topup pula hanya RM20 je sebulan dan kredit RM30 dah dimasukkan siap² dalam starter pack.




Macam mana nak mula?
1.    Beli starter pack simkad TONE EXCEL.
2. Tukar nombor TUNETALK TONE EXCEL kepada nombor yang anda pakai sediada. (Ini hanya cadangan saya kerana mungkin antara kita tak mampu nak mainten 2 nombor dalam satu bulan)
3.   Perkenalkan kepada seberapa ramai kawan.
Berminat? sila rujuk SIMKAD TONE EXCEL


Di sana anda boleh:
  • Membuat rujukan untuk lebih memahami pelan pemasaran TERKINI
  • Mengetahui latar belakang syarikat
  • Mendaftar Percuma

Kalau ada kemusykilan,,, boleh tinggalkan komen di bawah. Insya Allah, lambat atau cepat saya akan cuba jawab. Kalau nak jumpa area Alor Setar, Kangar dan Ipoh, boleh roger nom ni 0134474660 (call/sms/whatsapp).

Terima kasih.

Friday, February 22, 2013

Kisah 2 budak U


Pelajar A : Kita dah sem akhir ni… ko dah start cari kerja ke?

Pelajar B : Dah. Kenapa?

Pelajar A: Aku risau laa… sampai sekarang masih tak ada respon dari mana² majikan. Merata-rata dah aku jaja resume aku ni. Tapi…. aku tengok ko pon macam aku. Tapi rilek je.

Pelajar B : Ko ingat tak dulu kita ade baca iklan TONE EXCEL. Aku kan ada join masa tu. Ko je liat nak join. Sekarang ni, Alhamdulillah. Dapat dah hasilnya. Sekurang-kurangnya, time aku menganggur nanti, ada laa duit yang boleh support aku.

Pelajar A : Bape dah income Tone Excel bulan² sekarang ni?

Pelajar B : Adala dekat RM2k.

Pelajar A : OMG!!! Itu bukan membantu, tu dah macam gaji bulan² tu. Nyesalnya aku tak join dari dulu lagi. Ko tolong aku buat Tone Excel ni nanti.

Pelajar B : Tak jadi masalah, kalau ko yang baru nak masuk ni pon boleh potong income aku bulan² kalau ko ligat usaha. Silap² gred² nanti ko pon dah dapat income macam aku.

Kalau anda pernah terfikir betapa susahnya untuk mencari pekerjaan setelah tamat pengajian, bertindaklah sekarang. Anda mungkin rugi kerana ada antara kita telah mendapat manfaat daripada simkad TONE EXCEL TUNE TALK. Walaupun ia berbentuk MLM, tapi ramai yang yakin sebab kekuatan produk yang ditawarkan. Sila rujuk website di bawah. Cuba fahamkan, anda pasti yakin.

Mula bertindak dari sekarang!!!

Thursday, February 21, 2013

ROOT DEFY MINI XT321 : Cara nak root Defy Mini XT321

Assalamua'laikum dan salam 1 Malaysia.

Ok, dalam post kali ni, saya nak share sikit salah satu minat aka hobi saya. Setiap handphone android yang saya pernah miliki, mesti saya akan cuba untuk Root kan die. Mungkin ada juga pembaca yang masih baru pertama kali dengar perkataan ROOT dikaitkan dengan ANDROID. Banyak faedah. Tapi bila kita ROOT, confirm warranty handphone kita void. Salah satu faedahnya telah memaksa saya untuk ROOT Motorola Defy Mini saya ni. Sebab internal memorynya terlalu kecil. Jadi... lepas dapat ROOT, boleh la saya guna App Link2SD untuk link kan internal memory kepada SD card.

Sebelum mula, kena ada ini dalam PC: (semua link download file adalah merujuk kepada forum. Sila register ke setiap forum untuk download file)

  1. Software RSD Lite
  2. Driver Motorola Defy

Langkah2 nak ROOT Defy Mini XT321

  1. Pastikan phone ade fastboot menu. Kalau takda, kena flash ROM phone hanya untuk sampai flash fastboot sahaja. Cara2nya ialah:
    • Matikan telefon, keluarkan bateri, tekan butang kamera + volume - + butang kuasa. Kemudian sambung kabel usb (jika tiada kuasa, masukkan bateri hanya untuk menghidupkan phone sahaja), kini phone anda dalam boot mode dengan tiada bateri. Kena guna pembantu nak buat semua ni. Huhu.
    • Mulakan Software RSD Lite dan loadkan SBF FILE.
    • Teks putih pada skrin akan tertera, memberitahu phone anda berada dalam flashing mode.
    • Klik pada "Start" di RSD-Lite
    • Flashing akan bermula dan anda akan lihat banyak mesej2 yang menunjuk operasi yang berjalan ketika proses flash.
    • Ketika ini anda perlu bersedia untuk menarik cable usb apabila mesej pada phone tertulis FLASHING MODEM CODE seperti pic di bawah.
    • Selepas tanggalkan kabel usb, phone anda dengan serta-merta akan ter Off kerana tidak mempunyai bateri.
    • Untuk memastikan fastboot menu telah berjaya dimasukkan dalam phone anda. Tekan kedua-dua butang Volume dan tekan butang power (secara hold). Kalau tertera seperti pic di bawah, anda telah berjaya.
  2. Download file root xt321. Extract di tempat yang senang dicari dari dalam command prompt. Untuk mudah, extract dalam folder desktop. File yang di extract ialah fastboot adb recovery.img dan update.zip. Copy update.zip ke sd card.
  3. Gunakan fastboot menu dengan tekan kedua-dua butang Volume dan tekan butang power (secara hold). Seperi pic di bawah, taipkan pada command prompt "fastboot boot recovery.img".
  4. Kini CWM Touch tertera. Terdapat masalah kecil, ia kelihatan tidak seperti yang sepatutnya.
  5. Tetapi ia berfungsi! (Butang Power untuk Enter, butang Volume untuk Pilih). Jangan gunakan touchscreen untuk memilih.
  6. Pilih "Install zip from sd" .. (pilihan kedua) -> pilih file zip yang telah kita save pada SD card pada langkah 2 tadi ..) -> ... pilih ... -> Yes - Install -> Reboot -> butang Back
  7. Selesai.
Kita boleh semak phone kita dah root ke belum... guna app ni ROOT CHECKER pada phone.

PERLU DI INGAT!!!
Anda boleh rosakkan phone! Dalam beberapa kes Telefon kehilangan IMEI dan Sambungan ke SIM rosak! Jika anda terjadi, anda melakukannya atas risiko anda sendiri!

Saya telah mencuba langkah-langkah di atas berpandukan sumber berikut:
  1. Defy Mini Root success!! by Alin Razvan
  2. [Guide] Motorola Defy Mini XT320 Root
  3. Gambar diambil dari Droidevelopers.com
Untuk cara menggunakan applikasi Link2SD untuk mengatasi masalah kekurangan ruang internal memori, InsyaAllah saya akan sambung post yang akan datang.


facebook comment