facebook like&send

Thursday, February 21, 2013

ROOT DEFY MINI XT321 : Cara nak root Defy Mini XT321

Assalamua'laikum dan salam 1 Malaysia.

Ok, dalam post kali ni, saya nak share sikit salah satu minat aka hobi saya. Setiap handphone android yang saya pernah miliki, mesti saya akan cuba untuk Root kan die. Mungkin ada juga pembaca yang masih baru pertama kali dengar perkataan ROOT dikaitkan dengan ANDROID. Banyak faedah. Tapi bila kita ROOT, confirm warranty handphone kita void. Salah satu faedahnya telah memaksa saya untuk ROOT Motorola Defy Mini saya ni. Sebab internal memorynya terlalu kecil. Jadi... lepas dapat ROOT, boleh la saya guna App Link2SD untuk link kan internal memory kepada SD card.

Sebelum mula, kena ada ini dalam PC: (semua link download file adalah merujuk kepada forum. Sila register ke setiap forum untuk download file)

  1. Software RSD Lite
  2. Driver Motorola Defy

Langkah2 nak ROOT Defy Mini XT321

  1. Pastikan phone ade fastboot menu. Kalau takda, kena flash ROM phone hanya untuk sampai flash fastboot sahaja. Cara2nya ialah:
    • Matikan telefon, keluarkan bateri, tekan butang kamera + volume - + butang kuasa. Kemudian sambung kabel usb (jika tiada kuasa, masukkan bateri hanya untuk menghidupkan phone sahaja), kini phone anda dalam boot mode dengan tiada bateri. Kena guna pembantu nak buat semua ni. Huhu.
    • Mulakan Software RSD Lite dan loadkan SBF FILE.
    • Teks putih pada skrin akan tertera, memberitahu phone anda berada dalam flashing mode.
    • Klik pada "Start" di RSD-Lite
    • Flashing akan bermula dan anda akan lihat banyak mesej2 yang menunjuk operasi yang berjalan ketika proses flash.
    • Ketika ini anda perlu bersedia untuk menarik cable usb apabila mesej pada phone tertulis FLASHING MODEM CODE seperti pic di bawah.
    • Selepas tanggalkan kabel usb, phone anda dengan serta-merta akan ter Off kerana tidak mempunyai bateri.
    • Untuk memastikan fastboot menu telah berjaya dimasukkan dalam phone anda. Tekan kedua-dua butang Volume dan tekan butang power (secara hold). Kalau tertera seperti pic di bawah, anda telah berjaya.
  2. Download file root xt321. Extract di tempat yang senang dicari dari dalam command prompt. Untuk mudah, extract dalam folder desktop. File yang di extract ialah fastboot adb recovery.img dan update.zip. Copy update.zip ke sd card.
  3. Gunakan fastboot menu dengan tekan kedua-dua butang Volume dan tekan butang power (secara hold). Seperi pic di bawah, taipkan pada command prompt "fastboot boot recovery.img".
  4. Kini CWM Touch tertera. Terdapat masalah kecil, ia kelihatan tidak seperti yang sepatutnya.
  5. Tetapi ia berfungsi! (Butang Power untuk Enter, butang Volume untuk Pilih). Jangan gunakan touchscreen untuk memilih.
  6. Pilih "Install zip from sd" .. (pilihan kedua) -> pilih file zip yang telah kita save pada SD card pada langkah 2 tadi ..) -> ... pilih ... -> Yes - Install -> Reboot -> butang Back
  7. Selesai.
Kita boleh semak phone kita dah root ke belum... guna app ni ROOT CHECKER pada phone.

PERLU DI INGAT!!!
Anda boleh rosakkan phone! Dalam beberapa kes Telefon kehilangan IMEI dan Sambungan ke SIM rosak! Jika anda terjadi, anda melakukannya atas risiko anda sendiri!

Saya telah mencuba langkah-langkah di atas berpandukan sumber berikut:
  1. Defy Mini Root success!! by Alin Razvan
  2. [Guide] Motorola Defy Mini XT320 Root
  3. Gambar diambil dari Droidevelopers.com
Untuk cara menggunakan applikasi Link2SD untuk mengatasi masalah kekurangan ruang internal memori, InsyaAllah saya akan sambung post yang akan datang.


No comments:

facebook comment