facebook like&send

Friday, March 1, 2013

Kuala Perlis Yang Indah Dan Yang ....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Lama plak tak update post baru beberapa hari ni...hmmm di kesempatan kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca tentang hobi saya yang suka bawa famili jejalan makan angin petang² round negeri Perlis aka negeri terkecil kat Malaysia ni...Selalu jejalan kat Kuala Perlis.

Antara tempat yang menarik nak duduk² menikmati senja ialah Masjid Terapung Al-Hussain. Masjid ni baru je buat. Cantik...cuma... pada pendapat saya, lokasi masjid ni macam tak berapa nak kena. Kedudukannya yang terletak terlalu dekat dengan Jeti Kuala Perlis yang sesak dan tempat meletak kereta yang terhad. Pic di bawah ni... adalah antara pic yang sempat saya kongsikan bersama... ni pon pakai camera henpon saje. Rasa terpegun dengan kecantikan masjid ini. Belum lagi keindahan senibina dalamannya lagi... 


Paling syahdu apabila azan maghrib berkumandang dengan permandangan ketika matahari mulai terbenam di ufuk barat. Semasa solat maghrib di sini buat kali pertama telah memberi pengaman yang menarik bagi saya dan keluarga. Cumanya, bagi orang luar yang bermusafir dan solat jemaah di sini, jangan pula terkejut. Kat Perlis ni baca wirid n baca doa sendiri² lepas solat jemaah. Rasanya kat Perlis ni, Masjid Kampung Guar Syed Alwi saje yang sama macam masjid² di tempat negeri² lain. Ok.. Saya tutup bab tu... di kesempatan lain saya akan update post ni dengan cerita pasal makan² angin kami di Kuala Perlis.  Saje je buat satu post, Nak guna tajuk yang sama... nak tunggu apa maksud "yang" seterusnya pada tajuk post tu... tunggu laa ye...

facebook comment